

Citra Rasa Utara,
Bagai Kasih Bonda...

Mewujudkan perkhidmatan kelas pertama dalam industri penyediaan dan penyajian makanan serta pengurusan acara yang berorientasikan kepada inovasi, kualiti dan sinergi sesama khalayak tanpa meminggirkan keuntungan syarikat.
Memasyarakatkan dan membudayakan jenama D’sore untuk memainkan peranan sebagai peneraju utama dalam industri penyediaan dan penyajian makanan serta pengurusan acara glokal dengan hasrat untuk memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan khalayak menerusi variasi perkhidmatan, pengurusan dan rangkaian sajian yang terbaik kelas dunia.

Visi Korporat

IDENTITI

Berdasarkan kepada aspirasi khalayak, D’sore melahirkan nilai-nilai korporat seperti berikut sebagai satu (1) pegangan:
1. Insan
Kami memperkukuhkan wawasan, berdisiplin dan memiliki kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada syarikat.
2. Integriti
Kami berpegang kepada sifat jujur dan amanah serta bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dan peranan kami.
3. Inovatif
Kami berfikiran positif dan bertindak secara proaktif, kreatif dan inovatif untuk memacu kecemerlangan diri dan syarikat.
4. Komitmen
Kami komited dan gigih berusaha untuk sentiasa memperkembangkan potensi diri dan prestasi syarikat.
5. Kolaborasi
Kami mewujudkan peluang sama rata dan sinergi dalam suasana saling sokong menyokong, menghormati dan bertoleransi dalam satu (1) pasukan.
Nilai Korporat

Misi Korporat
Katering, Perancang Perkahwinan, Restoran/Kafe/Bistro & Makanan Sejuk Beku
Ianya Komitmen
Perkhidmatan kelas pertama tanpa kompromi, satu janji yang tiada batasan.
Ianya Gaya Hidup
Jenama yang bukan sahaja meliputi penyediaan dan penyajian makanan, D'sore ialah gaya hidup!
Ianya Sentuhan Kasih
Bertepatan dengan tagline kami, setiap perincian perkhidmatan kami mencetuskan rasa kasih sayang yang sukar dilupakan...


